Keagamaan dan kemarahan.
Agama dan kemarahan adalah dua perkara yang berbeza dan tidak boleh bersama. Agama merupakan sesuatu kepercayaan yang setiap individu perlu ada bagi meneruskan kehidupan. Tanpa agama, adalah menjadi sesuatu kekekurangan bagi diri kita. Kemarahan pula merupakan sesuatu aktiviti yang dilakukan bagi sengaja mahupun tidak sengaja yang akan menimbulkan membuat perasaan tidak puas hati kepada orang lain. Seperti yang kita ketahui, dalam agama kita tidak dibenarkan marah. Yang lebih terang dan nyata, adalah menjadi dosa bagi kita untuk memarahi agama dan mempersoalkan agama. Lebih-lebih lagi sekiranya individu tersebut menghina sesuatu agama. Ternyata orang yang tidak mempunyai agama yang marah dengan agama sering menyoalkan tentang agama orang lain. Mengapa? isu ini adalah disebabkan orang yang mempunyai agama sangat bijak. Mereka hanya mampu mempersoalankan tentang agama sehinga mereka lupa akan diri mereka dengan pencipta mereka. Ingat bahawa semua yang ada disekeliling kita merupakan ciptaan manusia TETAPI siapa yang mencipta manusia? Kita renung kembali semasa kita baru dikandungkan. Kita diproses dan adalah menjadi satu individu yang sempurna. Kesempurnaan fizikal adalah yang sering dilihat bukannya kesempurnaan dalaman. Dalam pendidikan agama kita diajar untuk menghormati ibu bapa kita. Akan tetapi, ibu bapa pada zaman ini lebih suka mencari harta kekayaan dan memberi harta benda kepada anak-anak dan akan meminta balasan balik kepada apa yang diberikan. Kita lihat sahaja dalam durat khabar berapa banyak kehilangan remaja yang berlaku dan tidak balik sehingga kini. Ibu bapa mereka menangis dalam berita mahupun bertulis dan video (berita di televisyen). Sedangkan dalam rumah mereka hanya memaki dan menghambakan anak-anak mereka. Mereka memarahi dan kurang memberi didikan agama. Bagaimana didikan agama hendak membantu sekiranya ibu bapa hanya menuding jari. Dalam konteks ajaran agama adalah menjadi suatu perkara wajib kita untuk memberikan yang terbaik kepada ibu bapa. Akan tetapi ibu bapa telah salah menggunakan ajaran ini dan menghambakan anak-anak mereka. Persoalan masih terdapat dalam isu ini. Kemarahan yang mendalam terhadap agama juga terjadi sekiranya ibu bapa tidak merestui kemasukan anak-anak mereka dalam sesuatu agama. Ini hanya sebagai renungan dan anda yang harus fikirkan...